Selasa, Mac 29, 2011

TAKLIMAT PENGISIAN BUKU KEGIATAN KOKURIKULUM

Taklimat mengisi buku kegiatan kokurikulum diadakan di Bilik PPSMI telah disampaikan oleh Pn. Halezza bt Ibrahim selaku Ketua Unit Kokurikulum dan Pn. Faridah Hanum bt Khalil (GPK Tingkatan 6)

Jumaat, Mac 25, 2011

PERSEMBAHAN TEATER

Jemputan menghadiri persembahan teater LAT Kampung Boy sebuah muzikal, telah dihadiri seramai 28orang pelajar dengan dua orang guru pengiring. Persembahan tersebut telah berlangsung di Istana Budaya, jam 8.80malam - 11.30malam pada 22.3.2010 (Selasa)
Jemputan ini merupakan salah satu tanggungjawab koperat Produa kepada komuniti yang berada di sekelilingnya. Pengangkutan pergi dan balik, tiket dan makanan disediakan oleh Pihak PRODUA. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PRODUA atas sumbangan tersebut

Jumaat, Mac 11, 2011

PERKONGSIAN ILMU

Pelajar Pra-U 6Atas A telah menghadiri sesi perkongsian bersama tiga orang pelajar PPU 6Atas A 2010. Program telah diadakan di bilik Redspot, Perpustakaan SMKSC. Turut hadir Pn. Wan Supiah, Pn. Zainab dan Pn. Barathei. Terima kasih kepada ke tiga-tiga orang bekas pelajar PPU yang telah sudi berkongsi pengalaman mereka untuk mendapat keputusan yang cemerlang




ALUAN BLOG

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia
Blog MPP ini diwujudkan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah serta pentadbir Sekolah. Kami rasa amat bertuah menimba ilmu di sekolah ini. Kami juga berharap para pensyarah, guru dan kakitangan serta pelajar SEMESCO dapat memberikan sebarang bimbingan serta pandangan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi kami seterusnya sekolah yang kami sayangi.