Selaku Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, saya telah menerangkan bahawa Jabatan Pelajaran Selangor menganjurkan Kempen "Permataku Sayang" Negeri Selangor yang akan dijayakan oleh Pelajar Tingkatan Enam Negeri Selangor bagi mengumpul baju melayu (lelaki) dan baju kurung (perempuan) yang BARU (bukan terpakai) untuk disumbangkan kepada Rumah-Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Seluruh Malaysia yang akan dikenalpasti layak menerima bagi persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri. Objektif utama kempen ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara "hands-on" kepada pelajar Tingkatan Enam di Negeri Selangor dalam salah satu aktiviti sukarela yang boleh diusahakan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. Kempen ini diharap dapat menerapkan kemahiran berfikir, motivasi, kerjaya, kepimpinan dan kemahiran interpersonel bagi membantu kecemerlangan akademik mereka di sekolah.
Usaha ini adalah selaras dengan matlamat kita bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing tinggi (Coping Skills) sebagai persiapan memasuki pasaran pekerjaan yang serba kompetitif serta mampu melaksanakan tanggungjawab sosial yang berkesan. Rujuk Surat JPN.MEN 600-1/42( ).
Sekolah yang berjaya memperoleh sumbangan yang terbanyak akan menerima Sijil Penghargaan beserta hadiah iringan yang lain. Sumbangan yang berjaya dikumpul hendaklah diserahkan kepada Tn. Hj. Rohaizad b. Mokhtar (Penyelaras Kempen Daerah Hulu Selangor - 012-3960675) sebelum atau pada 8 Ogos, 2011