Selasa, November 15, 2011

ART TOURISM FESTIVAL

Tahniah kepada Anisha bt Hisamuddin (6BC) kerana telah berjaya menamatkan program 1Malaysia Contemporary Art Tourism Festival 2011 - Art Hunt Sabah pada 11 - 13 November, 2011. Beliau merupakan salah seorang daripada 9 orang peserta seluruh Malaysia ke festival tersebut atas tajaan Kementerian Pelancongan Malaysia

Selasa, Oktober 04, 2011

KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Pasukan Koir yang mengambil bahagian dalam pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan pada 3.10.11 (Isnin)

Khamis, September 22, 2011

SKETSA MERDEKA RAYA

Pelajar PPU Bawah telah mengadakan sketsa Merdeka sempena Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan pada 15.9.2011 (Khamis) minggu lalu

KURSUS MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 3

Kursus Motivasi untuk pelajar tingkatan 3 telah dikendalikan oleh Pelajar PPU Bawah yang diketuai oleh Saudara Muhammad Afzal b. Abd. Latiff. Kursus tersebut telah diadakan pada 21.9.2011 (Rabu) mulai jam 2.30petang hingga jam 5.00petang bertempat di Dewan

Sabtu, Ogos 27, 2011

MAJLIS PROGRAM PERMATAKU SAYANG

Pada 24.8.2011, bertempat di Dewan Asrama SMK KKB, telah diadakan Majlis Permataku Sayang anjuran bersama PPDHS dan SMK KKB. Program ini adalah program pengumpulan Baju Melayu dan Baju Kurung untuk pelajar yang kurang berkemampuan.


En. Abd. Sukor b. Yusof (GPK Tingkatan 6) mewakili Pengetua, menerima sijil tempat ke 3 dari segi jumlah kutipan peringkat daerah

Jumaat, Ogos 26, 2011

MASAK BUBUR LAMBOK

Pelajar Program Pra-Universiti membantu guru perempuan memasak bubur lambok

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Saudara Mohd. Sufi mengetuai Majlis Khatam Al-Quran pada 24.8.2011 sempena Program Ihya' Ramadan di Surau SEMESCO

Khamis, Ogos 18, 2011

PERKONGSIAN ILMU PENGAJIAN AM 2011

Antara usaha untuk mempertingkatkan prestasi STPM, pihak pengurusan tingkatan 6 telah berusaha membawa pensyarah luar. En. Abd. Malek b. Selamat merupakan salah seorang tenaga pengajar yang berpengalaman. Beliau telah mengajar subjek berkenaan selama 8tahun dan bertugas di SMK. Khir Johari. Beliau telah memenangi anugerah pengurusan Blog tingkatan 6 Peringkat Kebangsaan anjuran UPSI pada tahun 2011



En. Mohd. Asyraf - PPU Atas D, memulakan majlis dengan bacaan doa

Isnin, Ogos 15, 2011

SEMINAR PENGAJIAN AM

En. Abd. Sukor (Guru Penolong Kanan Tingkatan 6) menerangkan kepada pelajar mengenai Seminar Teknik Menjawab Kertas Pengajian Am yang akan diadakan pada hari Khamis (18.8.2011) dibantu oleh En. Abdul Aziz (KP Pengajian Am)

Khamis, Ogos 04, 2011

PRESIDEN BARU MPPU

Tahniah kepada Saudara Mohamad Taufik kerana telah berjaya terpilih sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti sesi 2011/2012

PERSIAPAN PILIHANRAYA PRESIDEN MPPU

Saudara Ishak Sairozi b. Mahmud meminta rakan-rakan PPU yang lain membuat persiapan untuk proses pilihanraya

BENGKEL KERTAS KERJA DAN DOKUMENTASI

Pn. Maizatulakmam mengendalikan Bengkel Kertas Kerja dan Dokumentasi pada jam 2.00 - 3.30petang di Makmal Komputer 1

Selasa, Ogos 02, 2011

PENCALONAN PILIHANRAYA MPPU

Majlis pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti telah berlangsung di Bilik PPSMI

Jumaat, Julai 29, 2011

JAMUAN

Jamuan telah diadakan di Bilik PPSMI selepas waktu rehat. Semua guru dijemput menikmati juadah yang disediakan oleh pelajar Pra-Universiti

Khamis, Julai 28, 2011

MENGECAT TEMBOK SEKOLAH

Pelajar yang mengambil mata pelajaran Seni Visual mencurahkan khidmat bakti mengecat semula tembok sekolah dibawah bimbingan dan arahan Pn. Azizah bt Hassan

Terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan oleh mereka

JAMUAN

Saudara Ishak Sairozi selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti, menerangkan persiapan yang perlu dilakukan oleh mereka untuk melaksanakan jamuan pada hari Jumaat 29/7/2011

AKTIVITI KOKURIKULUM

Sebelum aktiviti kokurikulum, satu mesyuarat ringkas telah diadakan di Bilik Mesyuarat oleh Saudara Ishak Sairozi selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar

Kerja gotong royong telah dilakukan setelah tamat taklimat dan mesyuarat, sempena program Sekolahku Sayang mereka telah membersihkan kawasan sekolah, bilik kuliah dan kawasan tanaman hijau

MESYUARAT GURU-GURU Pra-U KALI KE 2

Mesyuarat guru-guru Program Pra-U telah dipengerusikan oleh En. Abd. Sukor selaku Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 di Bilik Makmal Komputer 1. Pn. Hjh. Mazlah turut hadir

Isnin, Julai 25, 2011

KEMPEN "PERMATAKU SAYANG"

Selaku Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, saya telah menerangkan bahawa Jabatan Pelajaran Selangor menganjurkan Kempen "Permataku Sayang" Negeri Selangor yang akan dijayakan oleh Pelajar Tingkatan Enam Negeri Selangor bagi mengumpul baju melayu (lelaki) dan baju kurung (perempuan) yang BARU (bukan terpakai) untuk disumbangkan kepada Rumah-Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Seluruh Malaysia yang akan dikenalpasti layak menerima bagi persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Objektif utama kempen ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara "hands-on" kepada pelajar Tingkatan Enam di Negeri Selangor dalam salah satu aktiviti sukarela yang boleh diusahakan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. Kempen ini diharap dapat menerapkan kemahiran berfikir, motivasi, kerjaya, kepimpinan dan kemahiran interpersonel bagi membantu kecemerlangan akademik mereka di sekolah.

Usaha ini adalah selaras dengan matlamat kita bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing tinggi (Coping Skills) sebagai persiapan memasuki pasaran pekerjaan yang serba kompetitif serta mampu melaksanakan tanggungjawab sosial yang berkesan. Rujuk Surat JPN.MEN 600-1/42( ).

Sekolah yang berjaya memperoleh sumbangan yang terbanyak akan menerima Sijil Penghargaan beserta hadiah iringan yang lain. Sumbangan yang berjaya dikumpul hendaklah diserahkan kepada Tn. Hj. Rohaizad b. Mokhtar (Penyelaras Kempen Daerah Hulu Selangor - 012-3960675) sebelum atau pada 8 Ogos, 2011

Khamis, Julai 21, 2011

CERAMAH MOTIVASI LEAVING KAIZEN


Pelajar PPU Atas dan Bawah mendengar ceramah motivasi "LEAVING KAIZEN" di Bilik Mesyuarat anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling

Selasa, Julai 19, 2011

KOLOKIUM HARI KE DUA

Pembentangan Kolokium hari ke dua kali ini diadakan di Bilik Tayangan

Isnin, Julai 18, 2011

PELAKSANAAN KOLOKIUM

Para penilai kolokium yang memberi markah mengikut aspek masing-masing

Salah satu kumpulan pembentangan dari mata pelajaran Geografi

TAKLIMAT KOLOKIUM

En. Abd. Shukor menerangkan mengenai Penilaian Laporan Kajian. Terdapat 15kumpulan kajian ilmiah untuk Pelajar Program Pra-Universiti. Pemarkahan dikira - 60% untuk prosedur dan isi kertas kerja, penilaian bahan power point - 20% manakala penilaian dan persembahan kumpulan - 20%

Rabu, Julai 13, 2011

PERTANDINGAN BOWLING PPU DAERAH

Lapan orang pelajar PPU SMK. Sg. Choh, telah mengambil bahagian dalam pertandingan bowling antara daerah. Mereka telah berjaya mendapat tempat ke dua dari tiga buah sekolah yang mengambil bahagian (SMKSC, SMKSM, SMK KKB).

Selasa, Julai 12, 2011

MANFAATKAN MASA

Pelajar PPU Atas C - menggunakan masa sebaik mungkin menyiapkan tugasan mereka

Isnin, Julai 11, 2011

TAKLIMAT PERTANDING BOWLING PPU DAERAH

Pn. Halezza bt Ibrahim selaku Ketua Unit Kokurikulum PPU menerangkan mengenai Pertandingan Bowling PPU Peringkat Daerah yang akan diadakan di Bukit Beruntung Golf Club pada 13 Julai 2011 (Rabu), jam 2.00petang - 5.45petang. Kehadiran koko akan diambil di sana, semua guru dan pelajar PPU terlibat, pengangkutan - sendiri, surat kebenaran ibu bapa akan diberi pada esok (Selasa). Sekolah yang terlibat ialah SMK. Syed Masyor, SMK. Kuala Kubu Bharu dan SMK. Sg. Choh

Jumaat, Jun 24, 2011

PAMERAN KERJAYA DAN ANIMASI 1MALAYSIA 2011

Beberapa orang pelajar PPU-Atas dan PPU-Bawah yang mengambil mata pelajaran seni visual telah menyertai lawatan pada 23.6.2011 (Khamis) ke Pameran Animasi 1Malaysia yang bertemakan "Animasi Menjana Kreativiti" dengan kerjasama Perpustakaan Negara, Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS), Filem Negara Malaysia (FNM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebudayaan (ASWARA) yang menyediakan program dan aktiviti Forum - Kerjaya dalam Animasi "Peluang dan Harapan" serta Ceramah Animasi dan Perkembangan Filem Cereka Asia Tenggara, Di mana Kita?






ALUAN BLOG

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia
Blog MPP ini diwujudkan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah serta pentadbir Sekolah. Kami rasa amat bertuah menimba ilmu di sekolah ini. Kami juga berharap para pensyarah, guru dan kakitangan serta pelajar SEMESCO dapat memberikan sebarang bimbingan serta pandangan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi kami seterusnya sekolah yang kami sayangi.