Jumaat, Mac 25, 2011

PERSEMBAHAN TEATER

Jemputan menghadiri persembahan teater LAT Kampung Boy sebuah muzikal, telah dihadiri seramai 28orang pelajar dengan dua orang guru pengiring. Persembahan tersebut telah berlangsung di Istana Budaya, jam 8.80malam - 11.30malam pada 22.3.2010 (Selasa)
Jemputan ini merupakan salah satu tanggungjawab koperat Produa kepada komuniti yang berada di sekelilingnya. Pengangkutan pergi dan balik, tiket dan makanan disediakan oleh Pihak PRODUA. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PRODUA atas sumbangan tersebut

Jumaat, Mac 11, 2011

PERKONGSIAN ILMU

Pelajar Pra-U 6Atas A telah menghadiri sesi perkongsian bersama tiga orang pelajar PPU 6Atas A 2010. Program telah diadakan di bilik Redspot, Perpustakaan SMKSC. Turut hadir Pn. Wan Supiah, Pn. Zainab dan Pn. Barathei. Terima kasih kepada ke tiga-tiga orang bekas pelajar PPU yang telah sudi berkongsi pengalaman mereka untuk mendapat keputusan yang cemerlang




Khamis, Januari 06, 2011

Isnin, September 27, 2010

JAMUAN HARI RAYA



Pada hari Sabtu (25.9.2010), SMK. Sg. Choh telah menganjurkan sambutan Majlis Hari Raya Idilfitri bertempat di perkarangan sekolah. Berbagai juadah disediakan di gerai yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Majlis Perwakilan Pelajar - PPU telah menyediakan berbagai juadah yang dibawa oleh pelajar telah dihidangkan digerai tersebut untuk dinikmati oleh seluruh warga SMKSC.

Rabu, Ogos 25, 2010

KELAS BIOLOGI

Pn. Barathei bersama pelajar PPU-BA di Makmal Biologi

Isnin, Ogos 02, 2010

MEMPROMOSIKAN PRODUK


Pelajar PPU-B mempromosikan produk mereka


Jumaat, Julai 30, 2010

SKETSA






Mohd. Saufi b. Khairul - PPU - BD mengetuai pelajar yang mengambil mata pelajaran PP, berlatih mempromosikan produk mereka. Sketsa ini akan dipersembahkan semasa pelancaran Kempen Bulan Kemerdekaan di Dewan Bestari pada Isnin (2/8/2010)

Isnin, Jun 28, 2010

MINGGU BAHASA INGGERIS


Sempena Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris peringkat sekolah, Pelajar PPU 6Bawah telah mengambil bahagian dalam persembahan drama muzikal di tapak perhimpunan yang merupakan salah satu aktiviti Minggu Bahasa Inggeris

Sabtu, Mei 15, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA 2010

Gotong Royong Perdana 2010 telah anjuran sekolah telah dihadiri oleh pelajar PPU. Mereka telah membersihkan kelas, menghias kelas masing-masing serta membuat kerja gotong royong mengikut unit uniform masing-masing. Terima kasih kepada semua pelajar PPU yang hadir. Kerjasama anda amat dihargi dan diucapkan ribuan terima kasih

Menjamu selera sekadar yang ada semasa sesi rehat gotong royong (gambar bawah) disaksikan oleh Puan Noruzi bt Said

Jumaat, Mei 14, 2010

TAKLIMAT PELAJAR BARU PPU

Sesi taklimat kepada pelajar baru PPU Bawah telah berlangsung di Dewan Bestari

AKTIVITI SUAIKENAL PELAJAR PPU BAWAH

Aktiviti telah dikendalikan oleh Pelajar PPU Atas pada Hari Rabu 12/5/2010



Rabu, Mei 12, 2010

TAKLIMAT PEMILIHAN MATA PELAJARAN PPU


Satu sesi taklimat memilih mata pelajaran untuk pelajar PPU telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKSC. Taklimat telah diberikan oleh pensyarah subjek yang berkenaan

Isnin, Mei 10, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR PPU

66orang pelajar baru telah mendaftar untuk mengikuti program PPU



ALUAN BLOG

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia
Blog MPP ini diwujudkan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah serta pentadbir Sekolah. Kami rasa amat bertuah menimba ilmu di sekolah ini. Kami juga berharap para pensyarah, guru dan kakitangan serta pelajar SEMESCO dapat memberikan sebarang bimbingan serta pandangan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi kami seterusnya sekolah yang kami sayangi.