Jumaat, Jun 24, 2011

PAMERAN KERJAYA DAN ANIMASI 1MALAYSIA 2011

Beberapa orang pelajar PPU-Atas dan PPU-Bawah yang mengambil mata pelajaran seni visual telah menyertai lawatan pada 23.6.2011 (Khamis) ke Pameran Animasi 1Malaysia yang bertemakan "Animasi Menjana Kreativiti" dengan kerjasama Perpustakaan Negara, Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS), Filem Negara Malaysia (FNM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebudayaan (ASWARA) yang menyediakan program dan aktiviti Forum - Kerjaya dalam Animasi "Peluang dan Harapan" serta Ceramah Animasi dan Perkembangan Filem Cereka Asia Tenggara, Di mana Kita?






Rabu, Jun 22, 2011

EXPLORACE MINGGU BAHASA INGGERIS

Sebahagian pelajar PPU-Atas yang telah membantu menjayakan Program Explorace sempena Minggu Bahasa Inggeris. Terima kasih kepada mereka atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan program di atas

37orang pelajar PPU-Atas terlibat dalam menjayakan aktiviti Minggu Bahasa Inggeris untuk slot explorace. 8 tempat check point telah dikendalikan oleh 25orang Pelajar PPU-Atas yang diketuai oleh Daharmendra untuk 10buah kumpulan peserta. Semoga SEMESCO terus mengadakan aktiviti seperti ini di masa akan datang.

Disediakan oleh Muhd. Sufi (PPU-Atas D)

Khamis, Jun 02, 2011

KURSUS BTN

Seramai 108 orang pelajar PPU - Atas dan Bawah telah menyertai program Kursus BTN di Kem Latihan BTN di Pulau Langkawi. Turut serta guru SMKSC dan wakil PIBG dan Pengetua



Isnin, Mei 16, 2011

HARI GURU 2011

Jutaan terima kasih kepada seluruh warga PPU-Atas kerana telah memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan program Sambutan Hari Guru 2011 kali ini. Jasa semua pelajar yang terlibat akan tetap dikenang






Pengacara majlis yang telah menjayakan Sambutan Hari Guru di Dewan Wawasan

Khamis, Mei 12, 2011

PENETAPAN KELAS PROGRAM Pra-U

En. A.Azahan b. Adam membacakan senarai nama Pelajar Program Pra-U mengikut kelas dan jurusan yang mereka pilih


KONGSI PENGALAMAN

AJK Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U berkongsi pengalaman mengenai pemilihan matapelajaran yang bakal diambil oleh pelajar Program Pra-U Rendah di Bilik Mesyuarat


Isnin, Mei 09, 2011

ALMARI BILIK PENGURUSAN Pra-U

Penggunaan Alamari yang terdapat di Bilik Pengurusan Pra-U telah diagih-agihkan mengikut pembahagian masing-masing



Agihan penggunaan almari di Bilik Pengurusan Pra-U (Gambar bawah)

Catatan di atas ditulis oleh Pn. Wan Supiah

Rabu, Mei 04, 2011

PERSEMBAHAN DRAMA MUZIKAL

Latihan Drama muzikal untuk persembahan Hari Guru 2011 telah bermula di Dewan Wawasan diketuai oleh Saudara Ishak Sairozi b. Mahmud

Selasa, April 05, 2011

Selasa, Mac 29, 2011

TAKLIMAT PENGISIAN BUKU KEGIATAN KOKURIKULUM

Taklimat mengisi buku kegiatan kokurikulum diadakan di Bilik PPSMI telah disampaikan oleh Pn. Halezza bt Ibrahim selaku Ketua Unit Kokurikulum dan Pn. Faridah Hanum bt Khalil (GPK Tingkatan 6)

ALUAN BLOG

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia
Blog MPP ini diwujudkan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah serta pentadbir Sekolah. Kami rasa amat bertuah menimba ilmu di sekolah ini. Kami juga berharap para pensyarah, guru dan kakitangan serta pelajar SEMESCO dapat memberikan sebarang bimbingan serta pandangan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi kami seterusnya sekolah yang kami sayangi.