Sabtu, Ogos 27, 2011

MAJLIS PROGRAM PERMATAKU SAYANG

Pada 24.8.2011, bertempat di Dewan Asrama SMK KKB, telah diadakan Majlis Permataku Sayang anjuran bersama PPDHS dan SMK KKB. Program ini adalah program pengumpulan Baju Melayu dan Baju Kurung untuk pelajar yang kurang berkemampuan.


En. Abd. Sukor b. Yusof (GPK Tingkatan 6) mewakili Pengetua, menerima sijil tempat ke 3 dari segi jumlah kutipan peringkat daerah

Jumaat, Ogos 26, 2011

MASAK BUBUR LAMBOK

Pelajar Program Pra-Universiti membantu guru perempuan memasak bubur lambok

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Saudara Mohd. Sufi mengetuai Majlis Khatam Al-Quran pada 24.8.2011 sempena Program Ihya' Ramadan di Surau SEMESCO

Khamis, Ogos 18, 2011

PERKONGSIAN ILMU PENGAJIAN AM 2011

Antara usaha untuk mempertingkatkan prestasi STPM, pihak pengurusan tingkatan 6 telah berusaha membawa pensyarah luar. En. Abd. Malek b. Selamat merupakan salah seorang tenaga pengajar yang berpengalaman. Beliau telah mengajar subjek berkenaan selama 8tahun dan bertugas di SMK. Khir Johari. Beliau telah memenangi anugerah pengurusan Blog tingkatan 6 Peringkat Kebangsaan anjuran UPSI pada tahun 2011



En. Mohd. Asyraf - PPU Atas D, memulakan majlis dengan bacaan doa

Isnin, Ogos 15, 2011

SEMINAR PENGAJIAN AM

En. Abd. Sukor (Guru Penolong Kanan Tingkatan 6) menerangkan kepada pelajar mengenai Seminar Teknik Menjawab Kertas Pengajian Am yang akan diadakan pada hari Khamis (18.8.2011) dibantu oleh En. Abdul Aziz (KP Pengajian Am)

Khamis, Ogos 04, 2011

PRESIDEN BARU MPPU

Tahniah kepada Saudara Mohamad Taufik kerana telah berjaya terpilih sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti sesi 2011/2012

PERSIAPAN PILIHANRAYA PRESIDEN MPPU

Saudara Ishak Sairozi b. Mahmud meminta rakan-rakan PPU yang lain membuat persiapan untuk proses pilihanraya

BENGKEL KERTAS KERJA DAN DOKUMENTASI

Pn. Maizatulakmam mengendalikan Bengkel Kertas Kerja dan Dokumentasi pada jam 2.00 - 3.30petang di Makmal Komputer 1

Selasa, Ogos 02, 2011

PENCALONAN PILIHANRAYA MPPU

Majlis pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti telah berlangsung di Bilik PPSMI

Jumaat, Julai 29, 2011

JAMUAN

Jamuan telah diadakan di Bilik PPSMI selepas waktu rehat. Semua guru dijemput menikmati juadah yang disediakan oleh pelajar Pra-Universiti

Khamis, Julai 28, 2011

MENGECAT TEMBOK SEKOLAH

Pelajar yang mengambil mata pelajaran Seni Visual mencurahkan khidmat bakti mengecat semula tembok sekolah dibawah bimbingan dan arahan Pn. Azizah bt Hassan

Terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan oleh mereka

JAMUAN

Saudara Ishak Sairozi selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti, menerangkan persiapan yang perlu dilakukan oleh mereka untuk melaksanakan jamuan pada hari Jumaat 29/7/2011

AKTIVITI KOKURIKULUM

Sebelum aktiviti kokurikulum, satu mesyuarat ringkas telah diadakan di Bilik Mesyuarat oleh Saudara Ishak Sairozi selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar

Kerja gotong royong telah dilakukan setelah tamat taklimat dan mesyuarat, sempena program Sekolahku Sayang mereka telah membersihkan kawasan sekolah, bilik kuliah dan kawasan tanaman hijau

MESYUARAT GURU-GURU Pra-U KALI KE 2

Mesyuarat guru-guru Program Pra-U telah dipengerusikan oleh En. Abd. Sukor selaku Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 di Bilik Makmal Komputer 1. Pn. Hjh. Mazlah turut hadir

Isnin, Julai 25, 2011

KEMPEN "PERMATAKU SAYANG"

Selaku Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, saya telah menerangkan bahawa Jabatan Pelajaran Selangor menganjurkan Kempen "Permataku Sayang" Negeri Selangor yang akan dijayakan oleh Pelajar Tingkatan Enam Negeri Selangor bagi mengumpul baju melayu (lelaki) dan baju kurung (perempuan) yang BARU (bukan terpakai) untuk disumbangkan kepada Rumah-Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Seluruh Malaysia yang akan dikenalpasti layak menerima bagi persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Objektif utama kempen ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara "hands-on" kepada pelajar Tingkatan Enam di Negeri Selangor dalam salah satu aktiviti sukarela yang boleh diusahakan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. Kempen ini diharap dapat menerapkan kemahiran berfikir, motivasi, kerjaya, kepimpinan dan kemahiran interpersonel bagi membantu kecemerlangan akademik mereka di sekolah.

Usaha ini adalah selaras dengan matlamat kita bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing tinggi (Coping Skills) sebagai persiapan memasuki pasaran pekerjaan yang serba kompetitif serta mampu melaksanakan tanggungjawab sosial yang berkesan. Rujuk Surat JPN.MEN 600-1/42( ).

Sekolah yang berjaya memperoleh sumbangan yang terbanyak akan menerima Sijil Penghargaan beserta hadiah iringan yang lain. Sumbangan yang berjaya dikumpul hendaklah diserahkan kepada Tn. Hj. Rohaizad b. Mokhtar (Penyelaras Kempen Daerah Hulu Selangor - 012-3960675) sebelum atau pada 8 Ogos, 2011

ALUAN BLOG

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia
Blog MPP ini diwujudkan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah serta pentadbir Sekolah. Kami rasa amat bertuah menimba ilmu di sekolah ini. Kami juga berharap para pensyarah, guru dan kakitangan serta pelajar SEMESCO dapat memberikan sebarang bimbingan serta pandangan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi kami seterusnya sekolah yang kami sayangi.